PRN Melaka: Rauf serah pihak berkuasa siasat dakwaan calon BN guna premis, jentera kerajaan untuk kempen
MELAKA: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyerahkan kepada pihak berkuasa menyiasat dakwaan bahawa calon BN menggunakan premis dan jentera kerajaan untuk berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN).
