Lelaki Singapura, 2 yang lain didenda RM3,500 atas kesalahan berlumba, tunggang motosikal berbahaya
JOHOR BAHRU: Tiga lelaki termasuk seorang warga Singapura masing-masing didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku salah atas kesalahan berlumba dan menunggang motosikal secara berbahaya di Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA), dekat Iskandar Puteri, bulan lalu.
