'Saya cuba bawa gaya politik baharu berprestasi, bukan persepsi semata-mata' - Muklis Mubin
MASJID TANAH: Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiya mahu membawa pendekatan politik berasaskan prestasi dan khidmat kepada rakyat, bukannya sekadar membina persepsi menerusi kempen terutama di media sosial.
