Usaha dapatkan semula bayaran TSGP dan MPP, isu keselamatan sempadan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
KUALA LUMPUR: Perkembangan usaha kerajaan mendapatkan semula bayaran bagi projek Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP) dan Saluran Paip Pelbagai Produk (MPP), selain langkah memperkukuhkan kawalan keselamatan di pintu sempadan negara ialah antara perkara menjadi tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
