BNM berkemungkinan naikkan OPR kepada 3 peratus minggu ini - Penganalisis
KUALA LUMPUR: Daya tahan ekonomi Malaysia yang terus mencatatkan pertumbuhan kukuh meskipun berdepan ketidaktentuan ekonomi global membuka ruang kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menilai semula Kadar Dasar Semalaman (OPR) ke paras lebih normal dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) minggu ini.
