Malaysia rekod 1.33 juta pertubuhan perniagaan aktif pada 2025
KUALA LUMPUR: Malaysia terus menyaksikan perkembangan landskap perniagaan apabila jumlah pertubuhan aktif meningkat kepada 1.33 juta pada 2025, naik 241,300 berbanding banci terdahulu, sekali gus menggambarkan pertambahan aktiviti keusahawanan merentasi pelbagai sektor ekonomi.
