KKM rampas hampir 700 unit ubat turun berat badan
KUALA LUMPUR: Sebanyak 697 unit retatrutide atau ubat penurunan berat badan yang masih dalam peringkat kajian dan belum berdaftar di Malaysia, dirampas Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi 12 operasi serbuan dari 2025 hingga September lalu.
