PETRONAS meterai perjanjian bangun medan gas Lang Lebah, B14 di Sarawak
KUALA LUMPUR: PETRONAS menerusi anak syarikat milik penuhnya, PETRONAS Carigali Sdn Bhd (PETRONAS Carigali) bersama TotalEnergies, Kuwait Foreign Petroleum Exploration Company (KUFPEC) dan PTTEP memeterai beberapa perjanjian pengambilalihan kepentingan (FOA) membabitkan medan gas SK410B Lang Lebah dan B14 di luar pesisir Sarawak.
