Kehadiran kelip-kelip, tanda hutan Bukit Kiara 'sihat'
“Kehadiran kelip-kelip boleh menjadi petunjuk kepada keadaan persekitaran. Jika kita masih dapat menemukannya, itu petanda baik bahawa hutan Bukit Kiara masih sihat dan mampu menyokong kehidupan,” jelas penyelaras program jejak malam kelip-kelip di Taman Persekutuan Bukit Kiara, Harleen Rai Kaur.
