Goldman Sachs jangka harga minyak naik setinggi AS$140 setong
BENGALURU: Goldman Sachs menaikkan unjuran harga minyak berikutan peningkatan risiko gangguan bekalan, sambil memberi amaran harga minyak mentah Brent boleh melonjak kepada AS$140 setong pada 2027 sekiranya pengeluaran minyak di rantau Teluk kekal 3.5 juta tong sehari lebih rendah berbanding purata 2025.
