BN mahu kempen berasaskan prestasi, bukan emosi - Asyraf Wajdi
MASJID TANAH: Jentera Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya bertumpu kepada prestasi dan tawaran dasar kepada rakyat sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, bukannya menggunakan pendekatan berasaskan emosi, fitnah atau serangan peribadi terhadap pihak lawan.
