Binance sambung semula pengeluaran bitcoin, ether
BENGALURU: Binance, bursa mata wang kripto terbesar dunia menyambung semula pengeluaran bitcoin, ether dan beberapa stablecoin pada Ahad, sambil memaklumkan pengeluaran aset lain akan dibuka secara berperingkat selepas berjaya memulihkan 95 peratus daripada token bernilai AS$6.3 bilion yang dicuri daripada platformnya.
