PBB tamatkan misi politik di Somalia selepas lebih 30 tahun
NAIROBI: Misi politik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Somalia secara rasmi berakhir hari ini selepas melalui tempoh peralihan selama dua tahun, sekali gus menutup lembaran operasi pembinaan keamanan badan dunia itu di negara Afrika Timur berkenaan selama lebih tiga dekad.
