Seorang doktor kendali hampir 200 pesakit sehari di Hospital Ranau
RANAU: Hospital Ranau kini beroperasi dengan sembilan pegawai perubatan termasuk pengarah hospital, susulan kekurangan doktor selepas 11 daripada 19 pegawai perubatan sedia ada berpindah keluar menerusi Urusan Lantikan Tetap Fasa 2 pada 28 September lalu.
