Pulau Silikon: 500 ekar berjaya ditambak, Green Tech Park akan dibina tahun depan
GEORGE TOWN: Pembangunan Pulau Silikon di Pulau Pinang akan memberi tumpuan kepada pembinaan Green Tech Park seluas 700 ekar pada 2027, selepas kerja-kerja penambakan seluas 500 ekar daripada keseluruhan 1,270 ekar kawasan Fasa 1 berjaya diselesaikan sehingga Oktober tahun ini.
