Gangguan berterusan di Selat Hormuz berisiko jejas perniagaan, hakis kuasa beli isi rumah
KUALA LUMPUR: Konflik berpanjangan antara Iran dan Amerika Syarikat (AS), selain gangguan laluan perkapalan di Selat Hormuz, berisiko meningkatkan tekanan inflasi di Malaysia melalui kenaikan kos tenaga, pengangkutan, baja dan input pengeluaran, walaupun harga minyak mentah global mula menurun.
