Bank Rakyat perkasa inovasi perbankan menerusi program pemecut fintech
KUALA LUMPUR: Bank Rakyat mempergiat usaha memperkukuh inovasi dalam sektor perbankan menerusi pelaksanaan Bank Rakyat Fintech Accelerator Programme 2026 (BRFAP 2026), bagi membangunkan penyelesaian teknologi kewangan yang mampu meningkatkan kecekapan operasi serta menambah baik pengalaman pelanggan.
