QatarEnergy meterai perjanjian beli tiga juta tan gas asli cecair AS setahun
DOHA: Syarikat tenaga milik kerajaan Qatar, QatarEnergy mengumumkan bahawa pihaknya menandatangani perjanjian selama 20 tahun dengan syarikat tenaga gergasi Australia, Woodside Energy, untuk membeli sehingga tiga juta tan gas asli cecair (LNG) setahun daripada projek Louisiana LNG di Amerika Syarikat (AS), lapor Xinhua.
