Lynas berdepan gangguan pengeluaran susulan penutupan sementara kilang di Malaysia, Kalgoorie
BENGALURU: Lynas Rare Earths mencatatkan peningkatan hasil jualan kasar sebanyak 55 peratus kepada A$310.1 juta pada suku pertama, didorong harga jualan purata nadir bumi yang melonjak ke paras rekod, meskipun syarikat itu memberi amaran mengenai gangguan pengeluaran susulan penutupan terancang kemudahannya di Malaysia dan Kalgoorlie.
