RUU Entiti Milik Kerajaan lengkap reformasi tadbir urus negara
KETIKA menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa (PH-Sekijang) di Parlimen, baru-baru ini, yang meminta penjelasan mengenai langkah kerajaan untuk memperketat prosedur kewangan, terutama kelulusan pelaburan berskala besar syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memaklumkan kerajaan sedang memuktamadkan Rang Undang-Undang (RUU) Entiti Milik Kerajaan.
