Bekas ketua ESSCOM dakwa ada alibi ketika pemandu e-hailing dibunuh di Tawau
TAWAU: Bekas Ketua Staf Bahagian Perisikan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Mat Zaki Md Zain, mempertahankan alibinya bahawa beliau berada di Semenanjung atas urusan rasmi ketika pemandu e-hailing, Nurman Bakaratu, dibunuh di Tawau pada 13 Januari 2023.
