Suami isteri ditahan gagal isytihar wang hampir RM3 juta ke Singapura
JOHOR BAHRU: Sepasang suami isteri ditahan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) selepas gagal mengisytiharkan wang tunai hampir RM3 juta ketika mahu ke Singapura menerusi Bangunan Sultan Iskandar (BSI), semalam.
