Infomina dapat kontrak RM32.1 juta bagi selenggara, sokong aplikasi utama JPN
KUALA LUMPUR: Infomina Bhd (Infomina) memperoleh kontrak bernilai RM32.1 juta daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan dan sokongan teknikal bagi Sistem Aplikasi Utama Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN).
