Kerajaan dalam proses saman MyEG, Zetrix AI kerana gagal lunaskan tunggakan hasil
KUALA LUMPUR: Kerajaan kini dalam proses mengambil tindakan undang-undang, termasuk tuntutan saman sivil terhadap MyEG Sdn Bhd dan Zetrix AI Bhd berikutan kegagalan melunaskan keseluruhan tunggakan hasil kerajaan berserta penalti dalam tempoh yang ditetapkan.
