Impact Capital sasar jana modal RM21.27 juta daripada IPO di Pasaran ACE
KUALA LUMPUR: Impact Capital Holdings Bhd (Impact Capital) menyasarkan untuk meraih RM21.27 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO) bagi membiayai pengembangan operasi dan memperkukuh keupayaan teknologi, termasuk kecerdasan buatan (AI) serta penyelesaian ‘digital twin’.
