Selepas lebih 5 tahun, pendakwaan tutup kes rasuah terowong dasar laut babit Guan Eng, 13 Januari pembelaan fail hujah bertulis
KUALA LUMPUR: Selepas hampir lima tahun melalui proses perbicaraan, pasukan pendakwaan menutup kes rasuah projek terowong dasar laut dan jalan utama Pulau Pinang membabitkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
