Saman RM190 juta: Bekas pegawai ESSCOM menangis, isteri terpaksa berhutang, jual kereta tanggung kos guaman
TAWAU: Plaintif keempat dalam saman sivil RM190 juta membabitkan tujuh bekas pegawai Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) mendakwa keluarganya berdepan masalah kewangan serius selepas penahanannya menyebabkan gaji serta elaunnya terjejas, selain terpaksa menanggung kos guaman bagi kes jenayah dihadapi.
