NGO Indonesia dakwa 21 syarikat konsesi ada kaitan Malaysia terbabit kes kebakaran hutan
KUALA LUMPUR: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar Indonesia, Wahana Lingkungan Hidup Indonesia (WALHI) mendakwa 21 syarikat yang mempunyai kaitan dan gabungan dengan kumpulan perniagaan dari Malaysia terbabit kes kebakaran hutan dan tanah di negara itu bagi tempoh Januari hingga September tahun ini.
