GDB Holdings menang kontrak RM1 bilion bina projek ParkCity Residences
KUALA LUMPUR: Grand Dynamic Builders Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh GDB Holdings Bhd, berjaya meraih kontrak bernilai RM1.017 bilion daripada Perdana ParkCity Sdn Bhd bagi menjalankan kerja-kerja pembinaan bagi ParkCity Residences di Desa ParkCity.
