Permintaan infrastruktur elektrik sokong pertumbuhan hasil SKA Capital
KUALA LUMPUR: SKA Capital Bhd menjangkakan permintaan terhadap infrastruktur penghantaran elektrik, termasuk pencawang yang diperlukan bagi menampung pertambahan penggunaan tenaga akan menyokong pertumbuhan hasil syarikat itu yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia bulan depan.
