Singapura keluarkan notis pencemaran jerebu kepada anak syarikat TSH Resources
KUALA LUMPUR: Dua anak syarikat TSH Resources Bhd diperbadankan di Singapura menerima notis daripada Agensi Alam Sekitar Kebangsaan Singapura (NEA) yang menghendaki kedua-duanya mengemukakan dokumen dan maklumat di bawah Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan 2014.
