ECRL 'kunci' buka peluang ekonomi berbilion ringgit di Pantai Timur
KUALA LUMPUR: Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berpotensi membuka lembaran baharu pembangunan ekonomi di Pantai Timur dengan memperkukuh hubungan antara pusat pengeluaran, kawasan perindustrian dan pasaran, sekali gus membuka peluang pelaburan bernilai berbilion ringgit sekiranya disokong ekosistem perniagaan yang bersedia.
