Usahawan China cipta rekod tunggang motosikal atas air
CHANGSHA: Pengasas syarikat pengeluar motosikal China, ZXMOTO, Zhang Xue mencipta Rekod Dunia Guinness selepas menunggang motosikal yang diubah suai sejauh 40.74 kilometer (km) di atas permukaan air terbuka di kampung halamannya di Daerah Autonomi Mayang Miao, Wilayah Hunan, tengah China.
