Tanah runtuh Paya Terubong: Mangsa maut tertimbus seorang doktor, MBPP arah henti kerja bina jalan, pangsapuri berhampiran
GEORGETOWN: Mayat seorang doktor berusia 73 tahun dikeluarkan dari timbunan runtuhan dan tiang konkrit yang roboh pagi tadi selepas kejadian tanah runtuh melanda kediamannya di Taman Seri Rambai, Paya Terubong.
