Young Tigers juara SOJC edisi ke-14
JOHOR BAHRU: Skuad remaja kebangsaan muncul juara selepas menewaskan Pakistan 4-3 dalam penentuan penalti shoot-out apabila kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam tempoh perlawanan sebenar pada aksi final Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 tahun Piala Sultan Johor (SOJC) edisi ke-14 di Stadium Hoki Johor, Taman Daya, sebentar tadi.
