Koperal polis patah tangan kanan, pikap dirempuh ketika operasi antidadah
RANTAU PANJANG: Seorang koperal polis patah tangan kanan selepas kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang dinaikinya bersama tiga anggota lain dirempuh sebuah kereta yang dipercayai dipandu pengedar dadah ketika operasi antidadah di sini, hari ini.
