MotoGP tetap ke Qatar walaupun situasi tegang di Asia Barat
PHILLIP ISLAND: MotoGP akan meneruskan persiapan bagi Grand Prix (GP) Qatar bulan depan meskipun ketegangan di Asia Barat mencetuskan kebimbangan mengenai keselamatan, dengan beberapa pelumba mempersoalkan sama ada perlumbaan itu wajar diteruskan dalam keadaan semasa.
