Penggunaan teknologi navigasi tidak boleh kompromi keselamatan negara
MUTAKHIR ini, rancak diperkatakan tentang keputusan kerajaan untuk mengharamkan penggunaan aplikasi navigasi yang popular dalam kalangan pengguna Malaysia. Keputusan ini dilihat tepat pada waktunya kerana kebergantungan yang tinggi terhadap aplikasi navigasi berteraskan sumber dan kepakaran luar mempunyai implikasi terhadap keselamatan negara, termasuk keselamatan pengguna dalam kalangan rakyat biasa.
