PETRONAS, TotalEnergies, Mitsui bangunkan hab simpanan karbon
KUALA LUMPUR: PETRONAS menerusi anak syarikat milik penuhnya, PETRONAS CCS Ventures Sdn Bhd (PCCSV), memeterai perjanjian usaha sama dengan TotalEnergies EP CCS Malaysia (TotalEnergies) dan Mitsui & Co Ltd (Mitsui) bagi membangunkan kawasan penyimpanan karbon di luar pesisir Semenanjung.
