Dana sendiri sudah cukup, Dr Akmal mahu agih sumbangan RM173,733 kepada golongan memerlukan
MELAKA: Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, akan menyumbangkan keseluruhan RM173,733.61 yang diterima daripada orang ramai bagi membantu golongan memerlukan selepas usahanya mengumpul dana melunaskan ganti rugi serta kos mahkamah berjumlah RM300,000 menunjukkan perkembangan positif.
