Isu di Janda Baik jadi iktibar pentingnya tindakan bersepadu agensi, masyarakat
OPERASI bersepadu Imigresen menggempur 19 lokasi sekitar Janda Baik, Bentong, kelmarin, iaitu 10 hari selepas pendedahan BH mengenai kehadiran warga asing semakin berleluasa di kawasan pelancongan itu, menunjukkan bagaimana media dan pihak berkuasa melaksanakan tanggungjawab masing-masing dapat menangani isu meresahkan masyarakat setempat dan menjejaskan keselamatan. Tindakan pantas itu wajar dipuji, apatah lagi isu terbabit bukan sekadar membabitkan pelanggaran peraturan imigresen, malah kegiatan ekonomi, penggunaan tanah dan kelestarian alam sekitar.
