Konsortium Kerjaya Prospek, Jati Tinggi, Betapac menang kontrak RM568.19 juta daripada TNB
KUALA LUMPUR: Kerjaya Prospek Group Bhd, menerusi konsortium melibatkan anak syarikat milik penuhnya, Kerjaya Prospek (M) Sdn Bhd (KPMSB), meraih kontrak bernilai RM568.19 juta daripada Tenaga Nasional Bhd (TNB) untuk melaksanakan dan membina GIS Paka di Terengganu.
