Komunikasi terbuka, bertanggungjawab buktikan reformasi institusi
Penjelasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat semalam, mengenai kegiatan ‘mafia korporat’, termasuk tindakan membekukan dana RM4.3 bilion dan menyita aset RM1 bilion, memberi gambaran kesungguhan pihak berkuasa menangani jenayah kewangan kompleks. Namun, ia juga membangkitkan persoalan sejauh mana perkembangan siasatan kes berprofil tinggi dimaklumkan kepada umum secara konsisten, terutama selepas dakwaan kegiatan itu mendapat perhatian media antarabangsa.
