Pendedahan kewangan kerajaan terhadap DNB kini sifar, tiada lagi bantuan seterusnya - Fahmi
KUALA LUMPUR: Pendedahan kewangan kerajaan terhadap Digital Nasional Bhd (DNB) berkurangan kepada sifar susulan penyempurnaan kemudahan pembiayaannya yang bernilai RM5.2 bilion, dengan syarikat itu dijangka membiayai diri sendiri sepenuhnya pada masa hadapan.
