KKR rancang labur RM2.6 bilion dalam anak syarikat PETRONAS di India
KUALA LUMPUR: Firma ekuiti persendirian Amerika Syarikat (AS), KKR merancang untuk melabur kira-kira RM2.6 bilion dalam anak syarikat tenaga baharu PETRONAS di India, Gentari Renewable India Pte Ltd, demikian menurut laporan akhbar perniagaan India, The Economic Times.
