Bursa Malaysia susut pada awal dagangan, jatuh di bawah 1,600 mata
KUALA LUMPUR: Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia menyusut pada awal dagangan Isnin, menjejaki penurunan di Wall Street pada Jumaat lalu di tengah-tengah aktiviti penjualan saham berkaitan teknologi dan kecerdasan buatan (AI) secara besar-besaran.
