Ringgit dijangka antara RM4.07 hingga RM4.09 sedolar minggu depan
KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan dalam julat kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dengan kecenderungan meningkat minggu depan antara RM4.07 hingga RM4.09 berikutan anggaran awal pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku ketiga 2026 lebih tinggi daripada jangkaan.
