Kawasan panas kebakaran hutan meningkat lebih dua kali ganda di 6 wilayah keutamaan Indonesia
JAKARTA: Kawasan panas kebakaran hutan dan tanah di enam wilayah keutamaan Indonesia meningkat lebih dua kali ganda dalam tempoh sehari, melonjak daripada 238 kepada 542 dengan keadaan jerebu yang semakin mengancam kualiti udara serta mengganggu perjalanan udara di beberapa bahagian negara itu.
