Kecederaan ACL, meniskus halang misi Noraizat bersama Perak Bison
KUALA LUMPUR: Impian apit kanan negara, Noraizat Nordin untuk memperkuatkan Perak Bison dalam saingan Liga Sepak Takraw (STL) musim ini berkecai selepas keputusan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) mengesahkan dia mengalami kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL) dan meniskus.
