Belanjawan 2027: Lebih 400,000 peminjam PTPTN gaji bawah RM2,500 layak tangguh bayaran
KUALA LUMPUR: Lebih 400,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berpendapatan bulanan bawah RM2,500 bakal mendapat manfaat daripada inisiatif penangguhan bayaran balik pinjaman yang diumumkan menerusi Belanjawan 2027.
